1M'sia: Najib tiru idea Malaysian Malaysia DAP, kata Dr M

  • 9 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad hari mendakwa slogan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung meniru slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang diilhamkan oleh DAP.

Menulis di blog, katanya 1Malaysia diperkenal untuk memancing sokongan masyarakat Cina dan India selepas diberitahu bahawa golongan itu menolak Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana Dasar Ekonomi Baru.