'Najib kata saya tak relevan? Itu pendapat dia' - Dr M
  • 2 years ago
Ketika ditanya mengenai dakwaan bekas perdana menteri Najib Razak bahawa pengerusi Pejuang itu sudah dilihat sebagai tidak relevan lagi, Dr Mahathir berkata dia tidak ambil kisah dengan kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, Najib yang juga ahli parlimen Pekan melihat Dr Mahathir sebagai tidak relevan selepas parti Pejuang kalah teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.