Israel rampas kapal misi bantuan ke Gaza

  • 9 years ago
Pasukan tentera laut regim Yahudi menggeledah sebuah kapal aktivis pro-Palestin sebelum merampas dan mengiringi kapal berkenaan ke pelabuhan Ashdod di Israel kerana didakwa mahu merempuh sekatan di Gaza.

Kapal itu dikatakan cuba menyertai flotila kemanusiaan belayar ke Genting Gaza, dalam percubaannya untuk memecah sekatan Israel di wilayah Palestin.