Kopi sepatutnya dihantar ke Filipina gagal, polis rampas syabu RM14.33 juta

  • 3 years ago
Tindakan licik sindiket dadah antarabangsa menyembunyikan 398.2 kg syabu berjumlah RM14.33 juta di dalam kontena berisi ratusan guni kopi, terbongkar selepas pemeriksaan rapi pihak berkuasa negara ini di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Razarudin Husain, berkata pemeriksaan ke atas sebuah kontena dari Guatemala di PTP, Iskandar Puteri, kira-kira jam 12 tengah hari itu, membawa kepada penemuan 14 guni berisi syabu, diselitkan dalam kontena berisi 100 guni biji kopi.

Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/182826847366843