Ribuan warga Indonesia mudik raya
  • 13 hari lalu
BERITA SEMASA 8 APRIL 2024

Ribuan warga Indonesia yang mencari rezeki di Johor mula mudik atau pulang beraya di kampung halaman, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tinjauan dilakukan di Terminal Feri Antarabangsa Kukup mendapati kebanyakkan mereka sudah menunggu seawal jam 5 pagi untuk membeli tiket dan pulang ke kampung.

Dianggarkan seramai 7,000 orang akan menggunakan pengangkutan feri untuk pulang ke kampung halaman di Tanjung Balai dan Selat Panjang, Indonesia.

Setiap hari sebanyak, tujuh slot perjalanan ulang alik feri antara Tanjung Balai ke Kukup beroperasi dengan waktu perjalanan feri bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #HariRaya #Aidilfitri #Indonesia