Tiga warga Indonesia didakwa seludup migran

  • 6 bulan lalu
Tiga warga Indonesia didakwa seludup migran

BERITA MOJO 15 NOVEMBER 2023

Tiga lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Seremban pada Rabu atas pertuduhan melakukan penyeludupan 26 migran, 4 November lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Dani, Umar Bakri Ramli, dan Rizal, didakwa secara bersama melakukan penyeludupan migran 26 warga asing dalam perairan Malaysia pada jarak 9.6 batu nautika dengan daratan terhampir Port Dickson.

Kesalahan itu dilakukan pada 4 November 2023 jam lebih kurang 12.20 pagi di sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634632/berita/semasa/tiga-warga-indonesia-didakwa-seludup-migran

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini