Dua wanita didakwa rompak lelaki babit jual beli emas RM300,000
  • 26 hari lalu
Dua wanita didakwa rompak lelaki babit jual beli emas RM300,000

BERITA SEMASA 1 APRIL 2024

Dua wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Isnin, atas satu pertuduhan merompak seorang lelaki menggunakan senjata sehingga menyebabkan kerugian 300,000 RINGGIT, membabitkan urus niaga emas, tiga minggu lalu.

Dua penganggur, Zarina Sinin dan Safiah Ibrahim membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama lima lagi individu yang masih bebas, didakwa melakukan rompak berkumpulan, bersenjatakan objek menyerupai pistol dan penyembur lada terhadap Hardev Singh Gill, 27, dan telah mengambil wang berjumlah RM300,000 milik mangsa.

Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan Taman Melawati, Ampang pada jam 1 petang, 15 Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657621/berita/semasa/dua-wanita-didakwa-rompak-lelaki-babit-jual-beli-emas-rm300000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Rompak