30 pelajar sekolah ditahan dalam Op Samseng Jalanan
  • 14 hari lalu
BERITA SEMASA 7 APRIL 2024

Seramai 30 pelajar sekolah antara 178 individu yang ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang dekat sini pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Operasi sekitar jam 2.30 pagi itu dijalankan 72 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua yang ditahan itu terdiri daripada 166 lelaki dan 12 wanita yang berusia antara 15 hingga 35 tahun.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/658688/30-pelajar-sekolah-ditahan-dalam-Op-Samseng-Jalanan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #OpSamsengJalanan #PDRM #Polis #Ipoh