Isteri Daim, Na'imah gagal dapat pasport secara kekal
  • bulan lalu
Isteri Daim, Na'imah gagal dapat pasport secara kekal

BERITA SEMASA 22 MAC 2024

Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal dalam usahanya untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal selepas Mahkamah Tinggi hari ini, menolak permohonan beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache yang membacakan keputusannya, memutuskan bahawa tidak terdapat ketidakadilan melalui keputusan Mahkamah Sesyen yang mengenakan syarat tambahan jaminan terhadap Toh Puan Na'imah dengan memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Ahmad menolak permohonan Toh Puan Na'imah yang bertindak selaku pemohon yang meminta Mahkamah Tinggi menyemak perintah Mahkamah Sesyen yang menahan pasportnya selepas beliau didakwa atas tuduhan gagal mengisytiharkan harta.

Pada 23 Januari lalu, Tun Na'imah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal mengisytiharkan 12 harta seperti yang dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Disember 2023.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Pasport #TohPuanNa'imah