Wan Saiful dapat pasport untuk lawatan ke Jepun
  • 8 bulan lalu
BERITA SEMASA 6 SEPTEMBER 2023

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendapatkan semula pasportnya bagi membolehkannya mengikuti lawatan urusan rasmi di Jepun, hujung bulan ini.

Hakim, Rozina Ayob membenarkan pasport beliau dilepaskan sementara daripada 23 September hingga 2 Oktober ini, bagi membolehkannya mengikuti urusan rasmi Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur Pengangkutan dan Komunikasi ke negara tersebut.

Pasport Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu ditahan oleh mahkamah berikutan pendakwaan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/277499/berita/semasa/wan-saiful-dibenar-dapatkan-semula-pasport

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pasport