Air balang percuma sempena Ramadan
  • bulan lalu
Air balang percuma sempena Ramadan

BERITA SEMASA 19 MAC 2024

Pemberian air minuman percuma kepada kepada orang ramai sempena Ramadan menjadi aktiviti tahunan untuk mereka yang berkemampuan berkongsi rezeki, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Program Hentian Air Balang Ramadan yang dicetuskan seorang usahawan, Mohd Fariq Izwan Md Bahrin, 42, nyata mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan penerima tetapi juga daripada penyumbang.

Menurutnya, lokasi utama adalah di Bandar Meru Raya selain empat lokasi lain sekitar Ipoh berdasarkan permintaan penyumbang atau komuniti.

Jelasnya, pada Ramadan tahun ini sebanyak 10 hingga 16 balang air minuman percuma diagihkan setiap hari kepada orang ramai mulai jam 5.30 petang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/655216/edisi/perak/air-balang-percuma-sempena-ramadan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan #AirBalang