Pemuda belanja 1.2 tan durian percuma

  • 2 tahun lalu
Pemuda belanja 1.2 tan durian percuma

BERITA SEMASA 31 JULAI 2022

Seorang pemuda dari Kota Bharu, Kelantan belanja 1.2 tan durian percuma kepada orang ramai sempena ulang tahun kelahirannya ke-27 yang disambut pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.

Murtadhatumizi Mustapha yang juga merupakan tauke kedai emas berkata, pemilihan raja buah itu bagi membolehkan orang ramai menikmati keenakan rasanya disebabkan oleh harga buah itu yang masih lagi tinggi ketika ini.