Pencemaran sungai: Tindakan diambil selepas lesen JPV ladang itik diperolehi
  • 2 bulan lalu
Pencemaran sungai: Tindakan diambil selepas lesen JPV ladang itik diperolehi

BERITA SEMASA 19 FEBRUARI 2024

Tindakan akan diambil terhadap pengusaha ladang itik yang disyaki menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah setelah pemilik memperolehi lesen dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Pengarah JPV Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, tindakan tidak dapat diambil terhadap pemilik ladang itik terbabit sebelum ini memandangkan ia belum dilesenkan bawah jabatan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, tindakan susulan akan diambil jika pengusahanya tidak menangani masalah pencemaran selepas dikeluarkan lesen.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650317/edisi/utara/pencemaran-sungai-tindakan-diambil-selepas-lesen-jpv-ladang-itik-diperolehi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PencemaranSungai #SungaiKulim #SungaiAirMerah