Peguam Daim dakwa kenyataan Azam Baki subjudis
  • 3 bulan lalu
Peguam Daim dakwa kenyataan Azam Baki subjudis

BERITA SEMASA 9 FEBRUARI 2024

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, didakwa tidak mengendahkan arahan kehakiman dengan mengeluarkan kenyataan secara berterusan membabitkan kes Tun Daim Zainuddin dan isu perundangan yang sedang dihadapi.

Pasukan undang-undang yang mewakili bekas menteri kewangan itu berkata, kenyataan berulang Tan Sri Azam mengenai Tun Daim bukan sahaja subjudis tetapi juga prejudis, kerana hakim sudah memberi amaran mengenai kes itu.

Kenyataan terbaru Tan Sri Azam yang mencadangkan Tun Daim bersalah dalam satu kesalahan dan jelas berkaitan dengan pertuduhan kegagalan mendedahkan aset yang didakwa adalah tidak wajar, bercanggah dan subjudis.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SPRM #AzamBaki #Daim