PM tak boleh arah PDRM, SPRM jalankan siasatan - Peguam
  • 9 bulan lalu
BERITA SEMASA 26 JULAI 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai arahan kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang seperti siasatan terhadap kes jenayah atau salah laku rasuah.

Memetik Berita Harian, peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkan kenyataan amaran dikeluarkan sebanyak tiga kali oleh Perdana Menteri di Kelantan pada Selasa, menjurus salah guna kuasa dan berlaku campur tangan pemimpin kerajaan itu dalam agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan SPRM.

Jelasnya, meskipun Datuk Seri Anwar mempunyai bidang kuasa eksekutif, ia tidak tertakluk dalam perihal pelaksanaan tindakan perundangan negara.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa
Disyorkan