Lebih 500 penunggang RXZ sahut kempen 'Subuh Macam Jumaat'
  • 3 bulan lalu
Lebih 500 penunggang RXZ sahut kempen 'Subuh Macam Jumaat'

BERITA SEMASA 19 JANUARI 2024

Kempen 'Subuh Macam Jumaat' berjaya menarik lebih 2,000 individu menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.

Ketika azan Subuh dilaungkan, kelihatan jemaah hampir memenuhi ruang solat masjid berkenaan untuk menunaikan rukun Islam kedua secara berjemaah.

Penganjur program RXZ Members Subuh Warrior, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, lebih 500 penunggang motosikal RXZ dari sekitar Terengganu datang ke masjid berkenaan seawal jam 5 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Pihaknya himpunkan orang muda supaya memenuhi ruangan masjid dan program pada kali ini juga diadakan pelbagai aktiviti termasuk solat tahajud bagi mereka yang awal datang sebelum Subuh.

Sebelum ini, kempen ‘Subuh Macam Jumaat’ dicetuskan selebriti dan juga penyanyi, Alif Satar telah mendapat reaksi positif dan menjadi ikutan seluruh negara

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645188/edisi/terengganu/lebih-500-penunggang-rxz-sahut-kempen-subuh-macam-jumaat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #GengSubuhMacamJumaat