Peniaga Terengganu sahut kempen Menu Rahmah
  • tahun lalu
Peniaga Terengganu sahut kempen Menu Rahmah

BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2023

Sebanyak 29 kedai makan di Terengganu menawarkan Menu Rahmah bagi menyahut seruan kerajaan membantu golongan sasar yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, daripada jumlah itu sebanyak 17 kedai berada di Kuala Terengganu, tiga di Kuala Nerus, masing-masing dua di Marang, Kemaman, Dungun dan Besut sementara satu di daerah Hulu Terengganu.

Menurut Saharuddin, kualiti makanan bagi setiap Menu Rahmah yang ditawarkan adalah sama dengan menu biasa yang lain namun ia bergantung kepada kuantiti hidangan itu sendiri.

Artikel: https://bit.ly/3YqBk5X

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian