UMNO akan terkubur jika bekerjasama dengan Pas - Ahmad Maslan
  • 5 bulan lalu
UMNO akan terkubur jika bekerjasama dengan Pas - Ahmad Maslan

BERITA MOJO 8 DISEMBER 2023

Pas dirasakan sukar memberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen kepada UMNO pada pilihan raya akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi ( MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketiadaan kerusi yang diberikan untuk bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis itu akan menyukarkan UMNO berkembang dan seterusnya terkubur, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin

"Sekiranya UMNO dan Pas bekerjasama semula, berapa kerusi UMNO boleh dapat di Terengganu?, Tiada...kerana semua kerusi DUN dan Parlimen milik mereka.

"Oleh itu, saya berpandangan jika UMNO berada bersama Pas akan timbul masalah dari segi hendak mengagihkan kerusi kepada UMNO yang seterusnya mungkin mengakibatkan UMNO terkubur," katanya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638693/berita/politik/umno-akan-terkubur-jika-bekerjasama-dengan-pas---ahmad-maslan?


Muzik:Bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini #UmnoPas