UMNO tidak terlibat tarik sokongan Ahli Parlimen PN - Ahmad Maslan
  • 6 bulan lalu
UMNO tidak terlibat tarik sokongan Ahli Parlimen PN - Ahmad Maslan

BERITA MOJO 4 NOVEMBER 2023

UMNO tidak terlibat sama sekali menarik sokongan dua ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada keperluan untuk menarik sokongan daripada pihak pembangkang kerana Kerajaan Perpaduan kini memiliki 148 ahli Parlimen.

Timbalan Menteri Kewangan I itu juga menegaskan, tiada pimpinan UMNO yang terlibat dalam memujuk Ahli Parlimen PN meskipun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah menarik sokongan 16 Ahli Parlimen UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632945/berita/politik/umno-tidak-terlibat-tarik-sokongan-ahli-parlimen-pn---ahmad-maslan?utm_source=sinarharian&utm_medium=website_sinar&utm_campaign=politik&fbclid=IwAR0gCWsmeZYqT9A7YlrJEqxbwqaJPjQIN3_lZW-pLw1e32ZqW-JBokDozrs

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini