Tiada surat dikeluarkan kepada pemenang APBN - Adam Adli

  • 6 bulan lalu
BERITA SEMASA 15 NOVEMBER 2023

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat pemakluman kepada mana-mana individu tertentu sebagai pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023.

Perkara ini bagi menjelaskan persoalan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengenai isu tular seorang pempengaruh media sosial meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kemenangan yang patut menjadi miliknya pada APBN 2023 telah digugurkan pada saat akhir.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #APBN