Tragedi Double Six: Laporan akhir didedah kepada umum, tiada bukti sabotaj

  • tahun lalu
Tragedi Double Six: Laporan akhir didedah kepada umum, tiada bukti sabotaj

BERITA SEMASA 12 APRIL 2023

Tiada sebarang bukti sabotaj, kebakaran atau letupan ditemui oleh pasukan penyiasat dalam siasatan terhadap punca pesawat terhempas pada 1976, yang meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain.

Pasukan penyiasat tragedi itu yang dinyahklasifikasi hari ini, juga mendedahkan pesawat malang terbabit diselenggara mengikut jadual, selain melakukan penerbangan dengan had berat yang dibenarkan.

Selain itu, ujian patologi terhadap juruterbang pesawat Sabah Air yang terhempas di perairan Sembulan pada 6 Jun 1976 membuktikan beliau cukup layak untuk terbang pada ketika itu.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian