Tragedi 'Double Six': Kerajaan nyah klasifikasi laporan siasatan akhir
  • tahun lalu
Tragedi 'Double Six': Kerajaan nyah klasifikasi laporan siasatan akhir

BERITA SEMASA 5 APRIL 2023

Laporan siasatan akhir berhubung insiden nahas Double Six pada 47 tahun lalu mengorbankan Ketua Menteri Sabah pertama, Tun Mohammad Fuad Stephens, empat menteri Sabah dan enam yang lain diturun taraf dan dinyahklasifikasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri selepas mengambil kira pandangan dikemukakan rakyat Sabah dan tuntutan dibuat waris.

Double Six merupakan nahas pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia berlaku pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu.

Artikel: https://go.sinar.la/3m8CqFw

#BeritaSemasa #SinarHarian