Lelong 'ikan emas', nelayan jadi jutawan
  • 5 bulan lalu
Seorang nelayan di bandar Karachi, Pakistan jadi jutawan selepas melelong 'ikan emas' yang mempunyai banyak khasiat perubatan.

Haji Baloch yang tinggal di perkampungan nelayan miskin, Ibrahim Hyderi turun ke laut pada Isnin lalu bersama anak kapalnya berjaya menangkap ikan yang dikenali sebagai 'ikan emas' atau Sowa dalam dialek tempatan, lapor portal NDTV.

Menurut Mubarak Khan dari Forum Rakyat Nelayan Pakistan, keseluruhan hasil tangkapan itu dijual dengan harga kira-kira 70 juta rupee Pakistan (kira-kira RM1.14 juta) di pelabuhan Karachi pada pagi Jumaat selepas hasil tangkapan itu dilelong.

Ikan Sowa dianggap tidak ternilai dan jarang dapat ditangkap. Bahan dari perutnya dikatakan mempunyai sifat penyembuhan dan perubatan yang hebat.

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

#SinarHarian #SinarTerkini #Nelayan #Jutawan #LelongIkan