Warga emas tak mampu lunas kos rawatan RM263,757
  • 10 bulan lalu
Warga emas tak mampu lunas kos rawatan RM263,757

BERITA MOJO 10 JULAI 2023

Seorang warga emas kini terkandas di sebuah hospital swasta di Madinah selepas tidak mampu melunaskan keseluruhan bayaran kos rawatan sebanyak RM263,757, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Hasmah Hamid sepatutnya pulang ke tanah air pada 12 Mei lalu selepas selesai menunaikan ibadah umrah yang disertai pada 30 April.

Bagaimanapun, dia terpaksa ditahan setelah dirawat selama 60 hari akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Difahamkan, ibu tunggal itu jatuh sakit pada 9 Mei dan terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

Artikel: https://go.sinar.la/3NN8Pez

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian