Kurang mesin jentuai, cuaca jejas pengeluaran padi Tanjong Karang
  • 6 bulan lalu
Kurang mesin jentuai, cuaca jejas pengeluaran padi Tanjong Karang

BERITA MOJO 4 NOVEMBER 2023

Pesawah di Tanjong Karang mengalami kemerosotan hasil pengeluaran padi musim ini antara lima hingga 10 peratus berikutan faktor cuaca dan kekurangan mesin jentuai, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Dr Abdul Razak Khasbullah berkata, dua permasalahan itu diutarakan pesawah semasa lawatannya bagi meninjau kerja-kerja penuaian padi di Tanjong Karang.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 25 mesin jentuai milik Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), namun masih tidak mencukupi menampung keluasan kawasan sawah padi kira-kira 5,000 hektar di Tanjong Karang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632790/edisi/selangor-kl/cuaca-mesin-jentuai-kurang-punca-hasil-padi-tanjong-karang-merosot

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini