Sungai tercemar jejas nelayan
  • 5 bulan lalu
Sungai tercemar jejas nelayan

BERITA MOJO 15 NOVEMBER 2023

Pencemaran Sungai Skudai semakin parah dengan keadaan sungai yang dipenuhi sampah sarap sehingga menjejaskan pendapatan nelayan sejak beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Sungai yang terletak di Johor Bahru itu merupakan satu daripada 14 sungai yang tercemar di Johor walaupun kerap dibersihkan.

Kira-kira 200 nelayan pantai antaranya di Bakar Batu, Batu 4, Telok Serdang, Melana 2, Skudai Kiri, Pengkalan Rinting, Kampung Sungai Perling dan Tampoi Utama bergantung dengan Sungai Skudai sebagai sumber rezeki.

Nelayan memberitahu pencemaran yang berlaku mengancam hidupan laut yang terdapat di Sungai Skudai.

Selain itu, enjin bot nelayan juga kerap mengalami kerosakan kerana sampah sering tersangkut ketika turun ke sungai.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634556/Sungai-tercemar-jejas-nelayan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini