[WAWANCARA EKSKLUSIF] Pas mengaku masih 'lompong'
  • 6 bulan lalu
[WAWANCARA EKSKLUSIF] Pas mengaku masih 'lompong'

Walaupun Pas mempunyai pengisian tarbiah, dakwah dan siasah, namun imejnya sebagai parti politik sangat kuat dan tidak boleh dipisahkan.

Disebabkan itu, akui Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden, parti berkenaan sebenarnya masih 'lompong' dan perlu memperbaiki pendekatan dakwah mereka.

Afnan juga berkongsi kisah bagaimana beliau memikul tanggungjawab baharu selepas dipilih mengetuai Dewan Pemuda Pas, tentang survival Pas, kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) juga isu-isu panas mencengkam parti itu seperti 3R, politik dendam selain persiapan berdepan satu lagi pilihan raya kecil (PRK) di Kemaman.

Saksikan Wawancara Eksklusif bersama Ahli Parlimen Alor Setar itu pada Ahad, 5 November 2023, jam 2 petang hanya di semua platform digital Sinar Harian.

Muzik:
1. Chemtrails by Semo - https://artlist.io/royalty-free-music/album/chemtrails/5237
2. Visions by Ardie Son - https://artlist.io/royalty-free-music/album/visions/6834

#WawancaraEksklusif #SinarHarian #SinarTerkini #PemudaPas #PerikatanNasional
Disyorkan