PAC dedah kapal tempur LCS hanya akan siap pada 2029

  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 9 OKTOBER 2023

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjangkakan kelima-lima kapal akan siap pada 2029 berbanding kontrak asal yang sepatutnya diserahkan pada 2022.

Naib Pengerusi PAC, Wong Shu Qi berkata, tempoh masa pembinaan LCS dilanjutkan lagi kepada 83 bulan.

Ujar beliau, itu antara rumusan yang dibentangkan dalam laporan PAC, yang turut mendedahkan tiada kemajuan bagi pembinaan LCS sejak daripada lawatan PAC Parlimen ke-14 pada 11 Disember 2021 hingga lawatan pada 10 Jun 2023.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAC #Kapal #LCS #TLDM