Anwar saran Hamzah baca laporan wawancara penuh sebelum buat kesimpulan

  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 9 OKTOBER 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya tidak membaca jawapan ‘cut and paste’ wawancaranya bersama Christiane Amanpour dari CNN, baru-baru ini.

Beliau menyarankan Ahli Parlimen Larut itu supaya membaca keseluruhan temu bualnya bersama CNN dalam lawatannya ke Amerika Syarikat untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Anwar berkata demikian susulan pertanyaan Hamzah dalam soalan tambahannya bahawa perdana menteri tidak menjawab dengan baik berkenaan kerangka Ekonomi Madani semasa wawancaranya bersama CNN.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim