SK TUDM Subang menang Sekolahku Popular, terima Smart Board Arvia

  • 8 bulan lalu
SK TUDM Subang menang Sekolahku Popular, terima Smart Board Arvia

BERITA MOJO 2 OKTOBER 2023

Sekolah Kebangsaan (SK) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Shah Alam telah dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Sekolahku Popular sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari sekali gus berjaya meraih ‘Smart Board Arvia’ berharga RM8,500, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Syamira Liana Nor Ashaha

Penolong Kanan Kokurikulum SK TUDM Subang, Fadzilah Zainu Hasri berkata, pihak sekolah menzahirkan penghargaan kepada Kumpulan Karangkraf kerana menganjurkan acara berkenaan dengan memberikan hadiah yang boleh dimanfaatkan untuk murid-murid.

Pihak sekolah membuat keputusan membawa kesemua murid tahun enam untuk menyertai program itu dengan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Artikel: Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #PRKPelangai