Dituduh mungkir janji, Johari Abdul perjelas isu DNAA Zahid
  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 12 SEPTEMBER 2023

Selepas dua hari isu keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencetus kekecohan di Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini tampil memperjelas keputusan dibuatnya semalam.

Speaker Dewan Rakyat itu menegaskan makna kenyataan beliau untuk memberi peluang kepada pembangkang membangkitkan isu itu di dalam dewan selepas menolak usul yang dibawa bukanlah terhad kepada tempoh waktu tertentu.

Penjelasan Johari itu menyusul selepas beberapa anggota Dewan Rakyat daripada pembangkang mempersoal tindakan beliau menamatkan sidang semalam sejurus selesai pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun sudah berjanji untuk memberi ruang.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #JohariAbdul