Bekas jaguh skuasy negara diuji penyakit strok
  • 9 bulan lalu
Bekas jaguh skuasy negara diuji penyakit strok

BERITA SEMASA 3 OGOS 2023

"Saya perlu berjuang dan kuat untuk teruskan hidup,"

Itu luahan bekas jaguh skuasy negara, Mohamad Kenneth Low Abdullah selepas diuji dengan masalah kesihatan yang menyebabkan tidak dapat meneruskan kerjaya dalam bidang kejurulatihan sejak lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Zakwan Nazaraly.

Menurut Mohamad Kenneth, beliau yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan negeri termasuk pasukan kebangsaan terpaksa berhenti kerja kerana masalah kesihatan disyaki strok yang membataskan untuk dia terlibat aktif.

Selepas tidak bergelar jurulatih, beliau terpaksa mencari kerja lain termasuk pernah menjadi tukang cuci di sebuah kondominium dan kini di sebuah pusat sukan di Damansara menyebabkan kisahnya tular di media sosial.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/271253/berita/sukan/saya-perlu-kuat-untuk-teruskan-hidup

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo