Bekas SUSK bekas menteri diperintah bela diri lapan kes rasuah RM1.77 juta
  • 2 bulan lalu
Bekas SUSK bekas menteri diperintah bela diri lapan kes rasuah RM1.77 juta

BERITA SEMASA 23 FEBRUARI 2024

Seorang bekas setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya diperintah membela diri atas lapan pertuduhan menerima rasuah RM1.77 juta bagi mendapatkan tender pengiklanan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim, Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah melepaskan dan membebaskan Mohd Saifullah daripada 11 pertuduhan menerima dan meminta RM820,530 daripada individu sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650985/berita/semasa/bekas-susk-bekas-menteri-diperintah-bela-diri-lapan-kes-rasuah-rm177-juta

#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuah #bekasSUSKdiperintahbeladiri
Disyorkan