Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Timur buat laporan polis
  • 9 bulan lalu
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Timur buat laporan polis

MOJO LIVE 31 JULAI 2023

[MOJO LIVE] Sidang media oleh Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ipoh Timur, Mohamad Norriduan Mohamed Idrus berhubung laporan polis dibuat beliau melibatkan suntingan sebuah klip video berbaur politik yang dibimbangi mengaitkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Mohamad Norriduan berkata, video berkenaan telah disunting dengan memasukkan titah Sultan Nazrin yang ketika itu merupakan pemangku Sultan Perak.

Jelasnya, titah baginda tidak sepatutnya disalah tafsir menyebelahi pihak tertentu kerana institusi diraja bebas daripada mana-mana sokongan politik.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #MojoLive #SinarTerkini