Penyelia Felda tak mengaku seleweng wang peneroka
  • 9 bulan lalu
Penyelia Felda tak mengaku seleweng wang peneroka

BERITA MOJO 25 JULAI 2023

Penyelia Rancangan Tanah Felda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa atas dua pertuduhan salah guna kuasa dengan menyeleweng pembayaran wang kepada 25 peneroka tiga tahun lalu.

Tertuduh, Shahidi Ammar Abd Aziz bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Menurut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai Penyelia Rancangan Tanah yang berperanan sebagai Pegawai Pembayar di Pejabat Felda Pasoh 1 di Jelebu, telah menggunakan jawatannya itu berkait pelaksanaan pembayaran Bayaran Tunai Pendahuluan Tunai kepada 11 peneroka Felda terbabit untuk mendapatkan suapan bagi dirinya.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan kesalahan sama bagi Bayaran Tunai Paysheet kepada 14 peneroka Felda sama.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/269974/Penyelia-Felda-mengaku-tidak-salah-seleweng-bayaran-wang-peneroka

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian