[WAWANCARA EKSKLUSIF] PRN: Tidak guna jentera kerajaan
  • 9 bulan lalu
[WAWANCARA EKSKLUSIF] PRN: Tidak guna jentera kerajaan

Sepanjang lebih kurang tujuh bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, banyak pencapaian positif yang dapat dilihat.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, selain suku pertama tahun ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi rancak dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 5.6 peratus, inflasi dan pengangguran juga berada pada kadar rendah.

Malaysia juga dikenali sebagai negara paling bebas bagi media di Asia Tenggara dan kedua paling berdaya saing selepas Singapura.

Begitupun, di sebalik semua kejayaan ini, beliau akui banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian.

Antaranya menangani tuduhan menggunakan jentera kerajaan untuk kempen politik, polemik penyebaran berita palsu dan isu 3R.

Ikuti luahan dan perkongsian Fahmi dalam Wawancara Eksklusif pada 23 Julai 2023, Ahad, jam 2 petang di semua platform media sosial Sinar Harian.

Muzik:
1. Conquerors by Matthias Förster - https://artlist.io/song/113577/conquerors
2. Chemtrails by Sémø - https://artlist.io/song/67116/chemtrails...

#WawancaraEksklusif #SinarHarian #KKD #FahmiFadzil
Disyorkan