Najib bayar RM23 juta untuk khidmat media antarabangsa
  • 10 bulan lalu
BERITA SEMASA 21 JUN 2023

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembayaran hampir RM23 juta melalui 39 keping cek kepada Syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd kerana menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada Datuk Seri Najib.

Pengarah syarikat itu, Datuk Mohd Omar Mustapha memberitahu beliau sendiri berjumpa dengan Najib untuk menerima cek berkenaan di PMO di antara 3 Mac 2011 dan 23 April 2014.

Saksi ke-45 pendakwaan itu berkata demikian semasa perbicaraan rasuah 1MDB membabitkan penyelewengan bernilai RM2.28 bilion terhadap Najib hari ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264599/berita/semasa/najib-keluarkan-cek-hampir-rm23-juta-untuk-khidmat-media-antarabangsa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa