Geledah rumah Hamzah: Itu urusan LHDN dan badan penyiasat – Anwar
  • 10 bulan lalu
BERITA SEMASA 16 JUN 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai isu penggeledahan kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).

Menurutnya, beliau menyerahkan urusan itu kepada LHDN dan badan penyiasat untuk melakukan siasatan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan LHDN dikatakan menyerbu kediaman Datuk Seri Hamzah pada pagi Selasa lalu susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan.