Bapa tidak mengaku biar anak makan biskut kanabis

  • tahun lalu
Bapa tidak mengaku biar anak makan biskut kanabis

BERITA SEMASA 6 JUN 2023

Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping, Perak pada Selasa atas pertuduhan cuai membiarkan anak perempuannya memakan biskut mengandungi kanabis, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Tertuduh, Mohamad Firdaus Hassim membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun didapati telah bertindak mendedahkan dan secara cuai membiarkan kanak-kanak itu memakan biskut buatannya mengandungi dadah jenis kanabis yang mungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan kesihatan.

Artikel: https://go.sinar.la/3qkPclQ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa  #SinarHarian