Lelaki edar kanabis di penjara seumur hidup, 12 sebatan
  • 6 bulan lalu
Lelaki edar kanabis di penjara seumur hidup, 12 sebatan

BERITA MOJO 26 OKTOBER 2023

Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor pada Khamis, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan kepada seorang lelaki atas kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis kanabis, seberat 1,024.6 gram empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Noor Hayati Mat setelah Teh Geok Chin, menukar pengakuan kepada bersalah, pada sebutan kes hari ini (Khamis),

Mengikut pertuduhan, Geok Chin bersama isteri, Nguyen Thi Thanh Tuyen, warga Vietnam didakwa bersama-sama mengedar dadah berkenaan di sebuah rumah di Larkin, sekitar 12.10 tengah malam, 18 April 2019 lalu.

Bagaimanapun isterinya, dilepas dan dibebaskan serta ditarik balik pertuduhan (mengedar dadah).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/631561/berita/semasa/lelaki-edar-kanabis-dipenjara-seumur-hidup-isteri-bebas
Muzik: November dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo