16 kes berprofil tinggi digugur sejak 2018
  • 11 bulan lalu
BERITA SEMASA 26 MEI 2023

Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, fasal itu memberi budi bicara kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat.