PN nak tebuk atap kerajaan Perak?

  • tahun lalu
Pada ketika tumpuan diberikan kepada enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), tiba-tiba timbul desas-desus kedudukan kerajaan Perak.

Kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria, ada ADUN kerajaan menemuinya adalah sekitar khabar angin bahawa wujud gerakan menumbangkan kerajaan negeri, bukanlah satu isu kecil yang boleh dikesampingkan.

Apa respon kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad? Kenapa Perak sering dihambat isu kestabilan kerajaannya? Adakah ini hanya satu lagi drama politik terbaru?

Ikuti kupasan isu ini, 'PN nak tebuk atap kerajaan Perak?' dihoskan Haizir Othman dalam Plot Twist Episod 19.