Saarani menghadap Sultan Perak

  • tahun lalu
Saarani menghadap Sultan Perak

BERITA SEMASA 21 NOVEMBER 2022

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tiba menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta dsekitar jam 12.28 tengah hari di Ipoh, Perak pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian,

Sembah menghadap itu dipercayai berkaitan urusan pembentukan kerajaan negeri yang baharu selepas PRU15.

BN yang memenangi sembilan kerusi DUN disebut sebagai 'king maker' dalam pembentukan kerajaan di negeri ini selepas tiada mana-mana gabungan parti memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Keputusan PRU15 yang diumum pada Sabtu menyaksikan Perikatan Nasional berjaya memenangi 26 kerusi daripada keseluruhan 59 DUN sementara Pakatan Harapan mendapat 24 kerusi.

#Beritasemasa #SinarHarian