Pembangkang cadang LGBT dikategori pesakit mental

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 23 MEI 2023

Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya kumpulan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) dikategorikan sebagai pesakit mental.

Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) bertanya soalan itu ketika Dr Halimah Ali (PN-Kapar) membahas Rang Undang-undang Akta Kesihatan Mental (pindaan 2023) di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Dalam bacaan kali pertama pada April lalu, Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian