Saman fitnah: Sanusi buat kenyataan maaf kepada Mahfuz
  • 11 bulan lalu
BERITA SEMASA 19 MEI 2023

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Amanah berhubung fitnah dilakukannya terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat menerusi laman Facebooknya hari ini menerusi platform sama digunakannya untuk memuat naik kenyataan yang didakwa berunsur fitnah tersebut.

Menurut Muhammad Sanusi, kenyataan maaf itu dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 8 November 2021.

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi berkata, beliau membuat permohonan maaf kepada Mahfuz terhadap kenyataan yang dibuat dalam hantaran Facebook tersebut.

Pada 3 April lalu, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Wong Kian Kheong turut membenarkan rayuan balas Mahfuz untuk kuantum ganti rugi dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Panel hakim sama menolak rayuan Muhammad Sanusi untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November 2021 yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Mahfuz selepas membenarkan saman fitnah Mahfuz.

Sementara itu, memetik laporan Utusan, Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan, beliau akan meminta peguamnya untuk menyemak permohonan maaf tersebut sama ada menepati perkara diperlukan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian