Hadkan bendera, sepanduk semasa pilihan raya - Tun M

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 8 MEI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan jumlah bendera, sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi setiap kawasan ditandingi semasa pilihan raya bagi menjimatkan perbelanjaan, sekali gus mampu mengurangkan risiko rasuah.

Jelasnya, jika kerajaan benar-benar ingin hapuskan rasuah, cara terbaik ialah dengan hadkan perbelanjaan parti semasa pilihan raya.

Selain itu, sogokan boleh dikurangkan dengan orang ramai menggunakan kamera untuk merekod dan melapor.