Jangan takutkan orang Melayu dengan gelombang hijau - Tun M

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 28 APRIL 2023

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Perikatan Nasional supaya tidak menakutkan orang Melayu dengan ‘gelombang hijau’.

Jelasnya, Malaysia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun dan sepanjang tempoh itu, pembangunan yang pesat telah berlaku.

Tambah Tun Mahathir, kaum bukan Melayu juga mencapai banyak kemajuan, maka tidak perlu cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka dengan warna hijau.