Trafik di lebuh raya meningkat

  • tahun lalu
Aliran trafik masih tinggi di beberapa lebuh raya utama setakat jam 5 petang tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik tinggi direkodkan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara dari Rawang (S) ke Hentian Rawang, Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Hentian Ladang Bikam ke Bidor, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah ke Gopeng dan Ipoh (U) ke Sungai Perak.