Lebuh Raya | Plaza tol, kawasan mendaki lokasi kerap sesak

  • 2 tahun lalu
Plaza tol dan kawasan mendaki merupakan lokasi yang kerap berlaku kesesakan di lebuh raya sepanjang cuti sempena sambutan Aidiladha kali ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata ia susulan dapatan daripada Op Lancar yang dibuat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM.