'Kenyataan Muhyiddin cenderung galak permusuhan' - Anwar
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 20 APRIL 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan bahawa, kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kecenderungan untuk menggalakkan perasaan niat jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang awam dan calon pilihan raya ketika mengundi.

Menerusi jawapan kepada pembelaan difailkan menerusi Tetuan SN Nair pada 16 Februari lalu, Anwar selaku plaintif berkata, Muhyiddin sebagai defendan tidak berhak untuk bergantung kepada pembelaan bersyarat kerana perkataan fitnah tersebut telah diungkapkan secara sengaja dan sewenang-wenangnya.

Tambah Datuk Seri Anwar, defendan perlu dedahkan kepada mahkamah mengenai identiti Pegawai Negeri Selangor yang didakwa dalam penyataan pembelaan tersebut.